Friday, April 27, 2007

FAKTA MAGNET

Biomagnetik boleh juga digambarkan sebagai Kutub Utara Kutub Selatan atau juga yin – yang bagi masyarakat Cina. Persamaan dari segi konsep iaitu tarikan ion negatif dan positif. Keseimbangan tarikan-tarikan tersebut menunjukkan kadar pH adalah neutral manakala perubahan cas-cas tersebut membolehkan tahap keasidan dan kealkalian ditentukan. Medan magnet menarik kutub-kutub yang berlainan. Apabila kita meletakkan medan positif magnet dengan medan negatif magnet maka ia akan menarik di antara satu sama lain. Secara amnya, medan magnet berkuasa positif iaitu (P) akan menarik medan negatif bumi iaitu kutub utara dan medan magnet berkuasa negatif (N) akan menarik medan positif bumi iaitu kutub selatan. Dalam kenyataan ini, penggunaan negatif adalah untuk kutub utara bumi dan positif adalah untuk kutub selatan bumi. Sebagai maklumat, sepatutnya yang digunakan dalam tubuh badan kita adalah medan magnet negatif. Apabila magnet (N) ini menyentuh kulit manusia ia dipercayai mengembangkan pembuluh darah, dengan ini darah dan oksigen akan bertambah di kawasan aplikasi magnet. Medan positif magnet pula apabila disentuh ke kulit manusia ianya akan menjadi merbahaya dalam jangka masa panjang. Hanya doktor-doktor pakar yang boleh menggunakan magnet positif untuk rawatan penyakit tertentu


JENIS JENIS BIOMAGNET
Kebanyakan biomagnets dibuat dari ferrites, iaitu gabungan kobalt, nikel, barium dan metal lain. Magnets yang fleksibel adalah gabungan plastik , getah atau bahan-bahan yang mudah dilenturkan. Biomagnets yang paling kuat adalah magnet yang dibuat dari Neodymium (Magnet nadir bumi). Magnet-magnet Neodymium ini adalah amat bertenaga dan berupaya untuk bertindak pada kuasa magnetik dalam badan kita, tetapi secara mekanikalnya ia adalah rapuh dan akan hilang kuasa magnet jika didedahkan pada suhu di atas 176 darjah Fahrenheit atau 80 darjah Celsius. Biomagnet diukur dari segi gauss iaitu garis daya per kawasan unit kutub. Setiap elektron memang bergerak secara berputar sama seperti bumi berputar pada paksinya. Kebiasaannya elektron akan berputar secara rawak, tetapi apabila elektron-elektron ini dimagnetkan, kesemua pergerakan elektron akan bergerak secara melawan arah jam (ia akan menghasilkan medan negative magnet) atau mengikut arah jam (ia akan menghasilkan medan positif magnet). Medan magnet bumi adalah penting kepada semua kehidupan di muka bumi. Kekurangan kuasa magnet bumi (4000 tahun dahulu medan magnet bumi adalah 4.0 gauss, pada hari ini ianya adalah 0.4 gauss) telah mengaitkan kepada pelbagai masalah di zaman millennia ini. Teras kepada bumi iaitu kerak bumi adalah satu magnet yang amat besar dan kuasanya apabila sampai ke permukaan bumi adalah 0.4 gauss. Kuasa yang terhasil ini akan memasuki ke dalam sistem badan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang, dalam erti kata lain segala-galanya yang berada di dalam muka bumi ini. Secara logiknya, kuasa medan magnet bumi adalah penting di dalam kewujudan segala sumber kehidupan bumi.

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...
saya nk tanye sikit..
haritu saye ade beli gelang, dia punye magnet caj positif...
ade kesan buruk ke?? sebab hari tu saye bace dkat laman web E-Dymium dia kate magnet caj positif x bagos... btol ke??

Anonymous said...

assalamualaikum...
saye ade beli gelang ni, saye x tau ia bercaj ape...
bila saye rapatkan, dia melekat...
caj ape tu ye???
sesiape yg tau sila lah komen...